Friday, February 18, 2011

dia segala - galanya

universiti islam antarabangsa malaysia, uiam a.k.a iium.
indah, suka saje saya pergi sana la lala lala~
suasana yang mendamaikan.. teringat syaza pada iman syafiqah. dia yang sering mendamaikan hati tatkala sentiasa mengingatkan saya pada Maha Pencipta. masha Allah . pergolakan perasaan dalam diri, kadang2 ketenangan mengingatkan saya pada arwah. baik orangnya, semoga damai dia di sana.
Ya Allah, ampunkanlah dosanya, tempatkanlah dia dalam kalangan mereka yang sedikit.
Ya Allah, apakah rasanya menghadapmu pada penghulu hari? Ya Allah betapa besar nikmat dan ganjaranmu. oleh itu Ya Allah, damaikanlah hatiku.. syaza percaya, Allah lebih mengasihi arwah melebihi insan2 di sekelilingnya.. syaza percaya bahawa Allah itu adil.. dijemput arwah olehNya untuk meninggalkan dunia, maka pasti keadilan sentiasa ada. syaza pasti, Allah sayang akan hambaNya. takkan Dia biarkan saya dalam sedih tanpa kawan akrab yang pernah sentiasa menemani. Ya Allah, maha besar kuasaMu, terima kasih kerana kurniakan persahabatan ini..
Ya Allah, tolong syaza..
Ikatkan lah hatiku kepada hambamu yang ikhlas menemaniku kerana diriMu..
Ya Allah, tolong syaza..
Peliharalah hati ini jauh dari dengki manusia..
Ya Allah, tolong syaza..
pertemukanlah syaza dengan hambaMu yang budiman..
Hari ini hari yang indah, semoga A;llah murahkan rezeki syaza.. semoga Allah permudahkan segala urusan perniagaan ini, semoga Allah berkati perjuangan ini...
Ya Allah tolong syaza..
sesungguhnya hanya Engkaulah sebaik2 pelindung dan sebaik2 penolong..
Ya Allah, ampunkanlah dosa2 syaza..
ampunkanlah dosa2 kedua ibu bapa syaza..
ampunkanlah dosa2 mereka yang mengenali syaza.. 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment